Selamat Datang ke Blog saya ^_^ Pelangi Sepi

♥ Sahabat ♥

Kadang-kadang aku ingin menjadi seperti pantai yang tetap teguh dibadai ombak ♥ Yang tak pernah mengeluh dan mengalah walaupun dirinya disakiti ♥ Tapi hakikatnya aku lemah seperti sang bayu yang tidak punya pendirian ♥ Yang bertiup mengikut musim dan perhentian ♥ Dan mungkin dikala ini bayu itu sudah tiada ♥ Tidak mampu bertiup ♥ Tidak mampu bangkit dalam perjuangan ini ♥ Tapi satu yang masih berdiri teguh dalam hati aq adalah kasih sayang yang tidak pernah mati ♥

Assalamualaikum

Ayat dekat atas tu jiwang sikit. ---> ada saya kisah? <---

Dulu cikgu Yaya ada cakap satu nikmat Allah tarik berganda-ganda Allah pulang balik . Dulu yaya tak percaya tapi malam ni Yaya sedar semua tu betul .

Dalam cerita syurga cinta ada satu ayat yang beri banyak sangat makna kepada Yaya

♥ Kadang-kadang Allah hilangkan seketika matahari
♥ Lalu Allah turunkan guruh dan petir
♥ Puas kita mencari di mana matahari ?
♥ Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI


Ayat ni sama je maksud dengan kata-kata cikgu Yaya

Dulu masa hilang dia Yaya hilang diri Yaya. Tapi sekarang Yaya sedar Allah beri Yaya pelangi tu bukan sekadar menggantikan tempat dia sahaja. Tapi Allah beri yang lebih baik dari tu. Allah beri Yaya kawan-kawan yang paham Yaya. Malah Allah beri seorang teman buat Yaya berkongsi suka dan duka Yaya.

Terima kasih kepada Khairundahiyah. Firdaus. Lubna. Afnan. Asha. Leena. Afizly. Hamizah. Haikal. Syafiqah. Jeje. Alyah. and semue kawan-kawan Yaya. sekarang Yaya sedar. Yaya ilang seorang je kawan tapi Allah beri Yaya lebih dari tu. Maafkan Yaya sebab lewat hargai kawan-kawan Yaya.

♥ Better Late Than Never ♥

Yaya sayang semua kawan-kawan Yaya ♥

SeLaMaT HaRi SaHaBaT SeDuNia


Sincerely
Nurdiyana Nabilah